pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan
si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua
cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor
bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu
tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki
alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak.
Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya
dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di
sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah
diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu
bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata
pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor
hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi
dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan
lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta
bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap
dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup
seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya
lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.
“Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si
anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di
sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang
kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si
ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan
ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling
cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya.” P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan
dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada
didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya,
berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu
tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”,
penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.. “Saya Sayang Ibu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar